Chalet Seri Cempaka, Batu Kurau PERAK, menawarkan perkhidmatan Kem Bina Semangat kepada sekolah, IPTA / IPTS serta badan kerajaan dan swasta dengan kos yang amat berpatutan.
(Chalet Seri Cempaka menawarkan penginapan budjet manakala Kurau Stone Chalet menawarkan penginapan bertaraf bintang)
Sewa keseluruhan 7 chalet, dormitori, surau, dewan dan dapur RM500 sehari
Kediaman boleh memuatkan 44 peserta. Anggaran RM12.50 seorang sahaja
Jika lebih boleh berkhemah di kawasan perkhemahan
Aktiviti bina semangat meliputi jungle tracking, cabaran halangan dan berjalan malam. RM18 seorang..
Bandar Taiping sebenarnya menawarkan pelbagai keunikan kepada para pengunjungnya. Tinggal seminggu pun rasanya belum cukup untuk menerokainya. Cuma masa dan pulus yang selalu menghadkan kemahuan kita.
Alamilah pengalaman yang tidak ternilai bersama kami dengan meredah air sungai jernih, cetek dan dingin sekalipun ketika itu matahari tegak di atas kepala.
Asah kemahiran asas mendaki bukit dan nikmati permandangan yang menyejukkan mata setelah tiba di puncaknya.

Atasi perasaan penakut anda dengan aktiviti berjalan malam. Persefahaman di antara ahli kumpulan akan dapat membantu anda mengatasi segala ketakutan itu.
Masa untuk memulihkan semula tenaga anda untuk meneruskan lagi aktiviti yang mencabar.

Tunjukkan disiplin, kesabaran, semangat berpasukan dan ketenangan anda
Sikap bantu membantu dan sokongan padu berpasukan akan menyakinkan rakan anda yang lembik.
Saya suka cabaran memegang cacing atau belut untuk dipindahkan ke bekas lain. Lepas itu cuba suruh mereka makan tanpa mencuci tangan dahulu.
Kau boleh?
Anda pernah masuk ke dalam gua batu kapur? Sekiranya belum saya ingin memaklumkan bahawa hanya terdapat satu gua batu kapur di Batu Kurau dan ianya terasing dari gua-gua lain yang banyak terdapat di lembah Kinta. Ini menjadikan habitat gua ini amat unik terutama sekali dengan tumbuhan yang terdapat di sini. Ini akan menjadikan perkhemahan anda satu kelainan.
Kepada para guru sekalian, bawalah anak didik anda ke sini untuk menerokai alam pendidikan lapangan sebenar kepada mereka.
Cara menurun bukit ini tidak betul tu cek oii....
Make sure both of you hand holding the upper rope.
Lagi gambar-gambar menarik dalam facebook saya amirulisa@yahoo.com.my
Gambar chalet dari mudah.my
Harga yang ditawarkan
adalah tertakluk kepada perubahan






















